1

KUALA LUMPUR - MADINAH

Jemaah diminta berkumpul di kaunter daftar masuk 4 jam sebelum waktu berlepas.
Madinah – Pemeriksaan Imigresen dan kastam.
Ketua rombongan akan menguruskan bas untuk bertolak ke hotel Madinah – Daftar masuk hotel.
2

MADINAH

Jemaah akan dibawa ke Masjid Nabawi untuk menziarahi makam Rasulullah S.A.W dan dua sahabat Rasulullah S.A.W, kawasan Raudhah dan perkuburan Baqi’(diluar Masjid Nabawi).

 

Makan : Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam

3

MADINAH

Menziarahi tempat-tempat bersejarah sekitar Kota Suci Madinah (Dinasihatkan berwuduk dari hotel), Seterusnya jemaah akan di bawa ke :
  • Masjid Quba
  • Masjid Qiblatain
  • Jabal Uhud (Makam Syuhada)
  • Masjid Tujuh
  • Kilang Cetak Quran (tertakluk kelulusan)
  • Ladang kurma

 

Makan : Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam

4

MADINAH - MEKAH

Selepas sarapan jemaah dikehendaki untuk melakukan ziarah selamat tinggal di makam Rasulullah S.A.W. dan dua sahabat Rasulullah S.A.W
  • Berpakaian ihram
  • Bertolak ke Mekah
  • Bermiqat di Bir Ali

Mekah – Daftar masuk hotel, Jemaah dibawa menyempurnakan ibadah umrah dengan bantuan mutawwif berpengalaman.

 

Makan : Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam

5

MEKAH

Jadual sendiri.

 

Makan : Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam

6

MEKAH - JA’RANNAH

Menziarahi tempat-tempat bersejarah:
  • Jabal Thur
  • Jabal Nur
  • Padang Arafah (Jabal Rahman)
  • Mina
  • Ja’ranah(bermiqat bagi yang ingin menunaikan umrah)

 

Makan : Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam

7

MEKAH - HUDAIBIYAH

Lawatan Hudaibiyah (bermiqat bagi yang ingin menunaikan umrah).
Muzium Mekah (tertakluk pada kelulusan pihak muzium).

 

Makan : Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam

8

MEKAH

Jadual sendiri.

 

Makan : Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam

9

MEKAH

Jadual sendiri.

 

Makan : Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam

10

MEKAH

Jadual sendiri.

 

Makan : Sarapan, Makan Tengahari & Makan Malam

11

MEKAH - JEDDAH

Tawaf Wida’, Bertolak ke JEDDAH dan terus ke lapangan terbang JEDDAH.
12

LAPANGAN TERBANG JEDDAH

Tiba di Kuala Lumpur.

Pakej telah termasuk dengan:

Visa Umrah
Tiket penerbangan
Pengangkutan di Mekah – Madinah
Insurans berkelompok
Makan 3x sehari
Bimbingan umrah oleh Mutawwif.
Cenderahati.
Kursus umrah.

 

NOTA :
TEMPAT DAN MASA BERKUMPUL :-
Tempat : Balai Berlepas
Masa : Tidak lewat 4 jam sebelum berlepas

 

PASPORT, NAME TAG, BAG TAG & BOARDING PASS

  • Akan di serahkan sewaktu di tempat berkumpul.
  • Bag Tag’ perlu dipasang pada setiap ‘check in luggage’.
  • Name Tag’ WAJIB dipakai semasa di luar hotel sepanjang tempoh pakej.

 

LUGGAGE CHECK IN

  • Jemaah dinasihati menyerahkan ‘luggage’ yang hendak di ‘check in’ kepada Petugas Airport untuk di ‘check in’ secara berkumpulan kecuali tidak dibenarkan oleh pihak penerbangan.
  • Barangan larangan & benda tajam hendaklah disimpan di dalam beg yang hendak di ‘check in’.

 

BARANGAN ASAS YANG PERLU DIBAWA

  • Kain Ihram (bagi Jemaah lelaki), berus & ubat gigi, sabun mandi, selipar, tuala mandi dan lain-lain keperluan peribadi.

 

HAD BERAT BAGASI

KUL – JED (20 Kg)
JED – KUL (30 Kg)
caj lebihan bagasi adalah tanggungjawab Jemaah sendiri.

 

  • MAHRAM
    Bagi Jemaah yang pergi bersama mahram, pastikan sentiasa bersama semasa melalui pusat pemeriksaan Imigresen di Saudi ketika tiba dan pulang.