KUALA LUMPUR / AMMAN

  • Jemaah dikehendaki berada di KLIA 3 jam sebelumberlepas ke Amman (transit) dengan penerbangan Royal Jordanian Airlines.

 

AMMAN / JERICO / BAITULMAQDIS

  • Setibanya di Lapangan Terbang Antarabangsa Amman, Jordan dan setelah urusan imigresen, terus menaiki bas untuk dibawa untuk menyimpan beg di hotel, sebelum bergerak ke Jerusalem.
  • Jemaah kemudian akan bertolak dengan bas menuju ke Allenby Bridge, untuk ke Baitulmaqdis. Setelah selesai urusan imigresen memasuki Israel. Jemaah dibawa melawat kota Jerico dan seterusnya ke Jerusalem untuk melihat panorama seluruh Jerusalem di Mount Olives.
  • Setibanya di Jerusalem, check in hotel, dan dibawa menziarahi Masjid Al-Aqsa dan Masjid Qubbatul AS-Sakhrah (Dome of the Rock).

 

JERUSALEM / BETHLEHEM / HEBRON / JERUSALEM

  • Setelah sarapan, Jemaah akan dibawa menziarahi sekitar Masjidil Aqsa dan Jerusalem, Ziarah maqam Nadi Daud, Ziarah Masjid Sulaiman, Masjid Buraq, Maqam RabiatulAdawiyah, Salman AlFarasi, Wailing wall, Damascus Gate, Gereja Ascension.
  • Bertolak ke Bethlehem ziarah Masjid Saydina Ali, dan Nativity, tempat kelahiran Nabi Isa A.S. dan kemudian lawatan ke Hebron, ziarah Maqam Nabi Ibrahim A.S & Isteri Sarah, Nabi Ishak A.S & Isteri Raqah, Nabi Yahaya & Isteri Laiqah & Maqam Nabi Yunus. Pulang ke Jerusalem.

 

JERUSALEM / AMMAN

  • Setelah sarapan, Check out hotel. Ziarah Maqam Nabi Musa A.S. Bertolak ke sempadan untuk ke Amman menerusi Allenby Bridge. Setelah urusan imigresen, bertolak ke Pantai Laut Mati untuk Makan Tengahari, ziarah Maqam Nabi Shuib A.S, Ashabul Ka, Bandar Amman. Setelah makan malam, bertolak ke Airport untuk penerbangan ke Madinah.

 

AMMAN / MADINAH (Ziarah Dalam)

  • Berlepas dari Amman ke Madinah. Setibanya di Madinah dibawa terus ke tempat penginapan untuk berehat. Lawatan seterusnya ke Masjid Nawabi dan Makam Rasulullah S.A.W, Saidina Abu Bakar, Saidina Umar, Raudha dan perkuburan Baqi’ yang akan diaturkan oleh mutawwif di sana. Jemaah bebas mengerjakan ibadah atau melakukan urusan sendiri.

 

MADINAH (ZIARAH LUAR)

  • Setelah bersarapan, jemaah akan dibawa dengan bas persiaran berhawa dingin melawat beberapa tinggalan sejarah Islam di sekitar Madinah. Lawatan ini termasuklah.
  • Masjid Quba, Kebun Tamar, Jabal Uhud, Masjid Qiblatain, Masjid Tujuh dan Percetakan Al-Qu’ran (tertakluk kepada kelulusan) yang akan diaturkan oleh mutawwif disana.

 

MADINAH (ZIARAH DALAM) / MAKKAH

  • Jemaah dikehendaki bersedia di lobi penginapan serta siap berpakaian ihram. Seterusnya ke masjid Nabawi (wida’ ke Makam Rasul S.A.W).
  • Jemaah menaiki bas ke Miqat di Bir Ali untuk berniat Umrah.
  • (Menunaikan ibadat Umrah) Jemaah akan dibawa terus ke tempat penginapan di Makkah untuk berehat. Tawaf di Baitullah akan diaturkan oleh mutawwif di sana.

 

MAKKAH

  • Jemaah bebas beribadah mengerjakan umrah dan urusan sendiri.

 

MAKKAH (LAWATAN LUAR)

  • Selepas sarapan jemaah dikehendaki bersedia di lobi penginapan untuk lawatan luar yang akan diaturkan oleh mutawwif di sana. (Jabal Thur, Padang Arafah, Jabal Rahmah, Masjid Namirah, Muzdalifah, Mina, Jabal Nur, Masjid Ja’ranah).

 

MAKKAH (LAWATAN LUAR)

  • Selepas sarapan jemaah dikehendaki bersedia di lobi penginapan untuk dibawa ke Hudai Biyah, Penternakan Unta dan Muzium Haramain (tertakluk kepada kelulusan).

 

MAKKAH

  • Jemaah bebas beribadah mengerjakan umrah dan urusan sendiri.

 

MAKKAH / JEDDAH / AMMAN

  • Jemaah dikehendaki mengerjakan tawaf wida’ sebelum berangkat ke Jeddah dengan bas.
  • Dalam perjalanan ke Lapangan Terbang, jemaah akan dibawa melawat Bandar Jeddah, Laut Merah, Masjid Terapung.
  • Seterusnya ke lapangan terbang antarabangsa Jeddah untuk penerbangan ke Amman (transit) dengan menaiki Royal Jordanian.
  • Setibanya di Amman, jemaah akan menaiki penerbangan ke Kuala Lumpur (KLIA) dengan menaiki Royal Jordanian.

 

AMMAN / KUALA LUMPUR

  • Penerbangan dari Amman ke Kuala Lumpur (KLIA).
  • Jemaah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) membawa seribu satu kenangan.

 

NOTA

  • Turutan aturcara ini mungkin berubah semasa perjalanan sebenar kerana ia bergantung sepenuhnya kepada sektor penerbangan samada tiba di Jeddah atau Madinah.
  • Tiada jaminan bahawa pakej ini mesti dimulakan dengan perjalanan ke Madinah dahulu diikuti Makkah melainkan untuk penerbangan yang tiba di Lapangan Terbang Madinah.

TERMA & SYARAT

  • Sila baca terma & syarat kami dengan teliti. Dengan mengambil sebarang pakej atau perkhidmatan yang kami tawarkan anda secara mutlak memperakui dan terikat sepenuhnya dengan terma & syarat yang telah ditetapkan.
  • Harga & Aturcara perjalanan bermula dari KLIA & tidak termasuk pengangkutan bas atau tiket penerbangan ke/dari KLIA.
  • Harga, Tarikh & Aturcara perjalanan tertakluk kepada perubahan Pihak Penerbangan & Visa Umrah.
  • Kegagalan Visa Umrah, kerugian kos tiket penerbangan tidak ditanggung syarikat EA Vacation Sdn. Bhd. Walau bagaimanapun, pihak kami akan cuba sedaya upaya mendapatkan ‘refund’ kos tiket penerbangan, penginapan dan sebagainya. Tiada jaminan anda akan mendapat semula kos ‘refund’ sepenuhnya atau sebahagian kerana tertakluk kepada terma & syarat pihak penerbangan.
  • Tertakluk kepada Terma & Syarat EA Vacation Sdn. Bhd.

ELAUN BAGASI

  • Elaun bagasi ini adalah berdasarkan penerbangan tiket Ekonomi & secara berkumpulan.
JENIS PENERBANGAN ELAUN BAGASI pergi/pulang SURCAS BAGASI LEBIHAN

SAUDIA AIRLINES

1 Beg Sahaja (Mak. 23/beg) USD100.00/Beg

MALAYSIA AIRLINES

Mak. 20kg RM110.00/kg
AIR ASIA X Mak. 20kg  –
ROYAL JORDANIAN Mak. 20kg  RM110.00/kg
TURKISH AIRLINES Mak. 30kg SGD40.00/kg
OMAN AIRWAYS Mak. 30kg RM95.00/kg
EGYPT AIR 2 Beg Sahaja (Mak. 23/beg) USD250/beg @ USD125/kg
ETIHAD AIRWAYS Mak. 40kg  USD20/kg

 

NOTA

  • Maklumat tentang elaun bagasi secara berkumpulan ini telah diperoleh dari syarikat penerbangan setakat tarikh halaman ini diterbitkan.
  • Maklumat tersebut tertakluk kepada perubahan oleh syarikat penerbangan dari semasa ke semasa tanpa sebarang notil awal & ia adalah di luar kawalan EA Vacation Sdn. Bhd.